Apakah Aturan Politik Thai Di Wilayah Selatan

Gambar : http://www.ambranews.com

BANGKOK, 11 Sep – Konflik di wilayah selatan semakin hari semakin membara dan kerajaan Thai tidak menentu arah untuk menyelesaikannya. Kerajaan Thai di bawah pimpinan Yinglack Chinnawatra semakin hari semakin banyak menerima kritik dari rakyat tentang kesungguhan dalam menyelesaikan konflik ini. Kerajaan Thai berbangga dengan angka statistik kejadian menurun berbanding dengan tahun yang telah lepas tetapi disebalik statistik menurun itu, kemusnahan dan kekuatan bomb terlalu kuat dan berkualiti.

Pihak pejuang kemerdekaan Patani tidak berhenti dalam tindakan walaupun kerajaan Thai menambahkan jumlah askarnya. Selama 9 tahun, selepas serangan Battalion di Pileng membuat pejuang kemerdekaan Patani semakin kuat sehingga beberapa orang perdana menteri sukar untuk mangatasinya.

Mengikut pendapat seorang Prof.Madya Surachart Bamrungsuk pensyarah bahagian perhubungan antara bangsa Fakulti Sains Politik, Universiti Chulalongkorn. memberi pandangan tentang konflik yang berlaku di wilayah selatan dan peranan kerajaan dalam mengatasinya. Mengikut pendapat beliau menyatakan bahawa wilayah selatan Thai sekarang sebagai medan latihan atau dengan kata lain kawasan itu sebagai tempat latihan dan medan perang, mereka dapat melatih dan berperang dengan masa yang sama dan sekaligus menjadi kawasan mereka membina anggota-angota yang masak dengan keadaan, perkara ini menjadi satu faktor bagi kerajaan, tentera dan rakyat Thai berfikir berat oleh sebab medan perang macam ini sukar untuk mengatasinya.

Prof. Madya Surachart berkata lagi tentang langkah politik yang disusun oleh pejuang kemerdekaan Patani sentiasa mengelakan sepaya kerajaan Thai terperangkap, sebab itu kerajaan Thai pasti berhati-hati dan banyak berfikir dalam menyusun politik lebih-lebih lagi dengan negara jiran seperti Malaysia, kerajaan Thai jangan tarik negara Malaysia bercampur tangan dalam hal ini oleh sebab Malaysia tidak ada keuntungan dalam masalah wilayah selatan dan sebaliknya jangan membuat Malaysia merasa rugi akibat tindakan dari kerajaan Thai untuk mengatasi masalah.

Di dalam peperangan seperti ini bukan tentu kalah atau menang dengan kuasa askar, peperangan seperti ini telah berlaku di seluruh dunia. Kerajaan mesti boleh mengatasi politik dan memegang massa rakyat (Winning heart and mind) jangan menggunakan kekerasan dan tindakan yang menyentuh hati rakyat.

Mengikut pendapat Penglima tentera Gen. Prayuth Chan-ocha menyatakan bahawa perundingan dengan pejuang tidak akan berlaku oleh sebab salah satu dalam undang-undang Thai. Gen. Prayuth sengat membara api kemarahan apabila pemberita menyoal tentang perundingan dengan pejuang. Pasukan tentera Thai masih boleh bertahan dan dapat mengawal keadaan walaupun berlaku bomb dan tembak askar di kawasan kawalan. Di samping itu juga Gen. Prayuth mengatakan mengikut undang Thai pasal ke-21 membuka ruang untuk pejuang menyerah diri.

Kerajaan Thai di bawah pimpinan Yinglack masih teruji tentang kebijakan dalam mengatasi masalah di wilayah selatan. Tekanan kerajaan oleh parti pembangkang diminta membuka majlis mesyuarat khas masalah wilayah selatan dengan mencadangkan beberapa rancangan untuk mengesahkan oleh parlimen.  Cabaran bagi Yinglack bukan saja masalah wilayah selatan akan tetapi cabaran dari parlimen juga masih kuat. Apa yang akan terjadi dengan kerajaan Thai selepas ini

Sumber : http://www.ambranews.com/berita-tempatan/apakah-aturan-politik-thai-di-wilayah-selatan/

ใส่ความเห็น

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Connecting to %s

%d bloggers like this: